Tuesday, June 21, 2011

MEMELIHARA AKIDAH.

Sebagai seorang muslim yang beriman yang berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah perlu sentiasa memelihara akidah ini dengan langkah-langkah berikut:

i. Mempelajari asas akidah berdasarkan kitab Ahli Sunnah Wal-Jama'ah yang muktabar, kerana ia dapat membantu seseorang membezakan antara kebenaran dan kesesatan.

ii. Belajar daripada guru yang diiktiraf keilmuan dalam bidang aqidah.

iii. Membina ketahanan akidah dengan berdoa.

iv. Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat.

v. Menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya kerena ia dapat memantapkan iman dan akidah

Hanya dengan berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama'ah sahajalah, kita akan dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan. Ini kerana Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah berdasarkan kepada sumber yang sahih iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah.

Berakidah dengan Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah adalah asas kepada penerimaan sesuatu amalan, kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul, maka hidup diredhai Allah Subhanahu Wata’ala kerana berada di jalan yang benar.



Nota:
Maksud istilah-istilah penting dalam Ilmu Aqidah:

i. Kafir; Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Qur’an dan al-Hadits.

ii. Musyrik: Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat, sifat atau perbuatan.

iii. Munafik: Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati.

iv. Fasiq: Orang yang tidak taat kepada Alllah dan RasulNya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.

v. Murtad: Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad.

vi. Mulhid (Atheis): Orang yang tidak beragama.

1 comment:

Silakan untuk sebarang pertanyaan