Saturday, February 26, 2011

BID’AH DAN KHURAFAT

BID’AH

Erti ‘Bid’ah’: Sesuatu yang baru, dan apa yang dicipta dalam agama setelah penyempurnaannya.

Menurut Imam asy-Syafi’e pula, sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada ar-Rabi’ bin Sulaiman: “perkara –perkara baru (yang direka) itu ada dua jenis:

1 – Apa yang direka (dibuat) bercanggah dengan al-Quran, Sunnah, atsar atau ijma’. Maka inilah bid’ah sesat.

2 - Apa yang direka (dibuat) daripada perkara kebaikkan dan tidak bercanggah padanya sesuatu pun daripada ini (dalil-dalil). Inilah dia perkara-perkara baru yang tidak dikeji.”(Manaqib asy-Syafi’e: 1/469)

Menurut ath-Tharthusyi Rahimahullah, asal makna bid’ah adalah: “Asal perkataan bid’ah adalah daripada perkataan al-ikhtira’ yang bermakna ciptaan iaitu sesuatu yang diadakan tanpa asal sebelumnya dan tanpa contoh untuk diteladani dan tiada kebiasaan sepertinya.”(Kitab al-Hawadits wa al-Bida’: 108)

Maksud bid’ah ialah mengadakan bid’ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan aqidah dan syariah yang diasaskan pada dalil qat’ie ( قطعى ) dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan perkara-perkara berikut : kewajipan berjihad, sembahyang Juma’at, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya.

Al-Imam Ibnu Hajar berkata : “Ahli bid’ah yang dikehendaki dalam hadis itu ialah mereka yang tiada berjalan atau tiada beriktikad menurut iktikad dan perjalanan Ahli Sunnah Wal-Jema’ah. Yang dimaksudkan dengan Ahli Sunnah Wal-Jema’ah itu ialah pengikut-pengikut al-Imam Abu Hassan al-Asy’ari dan pengikut-pengikut al-Imam Abu Mansur al-Maturidiyah. Kedua-duanya pemimpin Ahli Sunnah Wal-Jema’ah, iaitu iktikad kebanyaka umat Islam yang ada sekarang daripada mazhab Hanafi, Maleki, Syafi’e dan Hanbali”.

Sesetengah ulama yang lain membahagikan bid’ah itu kepada dua bahagian, iaitu bid’ah حَسَنَة (baik) dan bid’ah سَيَِّئة (tidak baik).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

عن عائشة رضى الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ َأحْدَ َ ث فِىْ

َأمْرِنَا هَ َ ذا مَا َليْسَ مِنْهُ َفهُوَ رَدِّ.

(متفق عليه )

Maksudnya :

“Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada didalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak ”.

Sabda Baginda lagi :

عن عائشة رضى الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً

َليْسَ عََليْهِ َأمْرُنَا َفهُوَ رَدٌَّ.

( رواه أحمد ومسلم )


Maksudnya :

“Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tidak ada dalam agama kami, maka yang dikerjakannya itu tertolak”.

• Contah Bidaah

Maka hukum bid’ah ini secara kesimpulannya, setiap mereka yang melakukan bid’ah dalam aqidah akan terkeluar daripada golongan Ahli Sunah Wal-Jema’ah, tetapi tidak semestinya terkeluar daripada Islam, melainkan perkara yang asas dalam aqidah Islam. Sebagai contoh :

(a). Menghapuskan kewajipan berjihad yang terdapat dalam ajaran bidaah Qadiani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad, bertentangan dengan ayat al-Quran:

وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ

Tafsirnya :

Dan berjihadiah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (surah al-Haj 22: 78)

(b). Sembahyang Jumaat, dalam ajaran dan amalan Tarekat Mufarridiyah oleh Syeikh Makmun, bahawa Syeikh Makmun tidak pernah pergi sembahyang Jumaat di masjid kerana katanya beliau sembahyang di MasjidiI-Haram, Mekah. Tetapi

sebetulnya beliau waktu itu menguncikan dirinya di dalam bilik. (Tarekat Mufarridiyah : Satu Ajaran Sesat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 1997. hlm.13)

Sedangkan al-Quran menyeru supaya didirikan sembahyang Jumaat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Tafsirnya :

Wahai orang yang beriman! Apabila diserula:m azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hnri Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu). Yang sedemikian itu adalah lebih baik bagi kamu semua apabila kamu semua mengetahui. (surah al-Jumu'ah 62: 9 )

Ayat tadi jelas bertentangan dengan perbuatan Syeikh Makmun. Allah menyeru supaya didirikan sembahyang Juma’at dan meninggalkan apa jua pekerjaan yang sedang dibuat, tetapi Syeikh Makmun ini pula menguncikan dirinya di bilik, ia menyembunyikan perbuatannya itu dengan menipu orang ramai, bahawa dia sembahyang Juma’at di MasjidiI-Haram.

(c). Puasa bulan Ramadan dalam ajaran Bahaiyah (Mirza Ali Muhammad) menjadikan puasa 19 hari, bermula dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari, dan bukan dalam bulan Ramadan tetapi dalam musim bunga, dan jatuh Hari Raya

mereka pada hari Niruz (hari Orang Parsi menyembah api sebelum Islam). (Sila rujuk Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Awang Haji Mahmud Saedon Bin Awang Othman dan Awang Norarfan bin Haji Zainal. Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam, satu Tinjauan. Pusat Da’wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. 2002. hlm 98)

Ajaran itu bertentangan dengan hadis Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang mewajibkan puasa sebulan pada bulan Ramadan dan merupakan salah satu daripada rukun Islam :

عن أبى عبد الرحمن عبد الله إبن عمر بن الخطاب رضى الله عنهما قال : سمعت

رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : بُنِىَ ْالإِسْ َ لامُ عََلى خَمْسٍ : شَهَادَةِ َأ ْ ن َ لا

إَِلهَ إِلاَّ الله وََأنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوُْله، وَإِقَامِ الصَّ َ لاةِ وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وَصُوْمِ رَمَضَان

وَحَجّ البَيْت.

( رواه البخارى ومسلم )

Maksudnya :

Daripada Abu Abdir Rahman Abdillah Ibni Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anhuma katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Didirikan Islam atas lima (rukun): Syahadah (pengakuan) bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu rasulullah, dan mendirikan sembahyang, dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah dan puasa pada bulan Ramadan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam ajaran Bahaiyah (Mirza Ali Muhammad) ini bahawa waktu puasa ialah dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari, sedangkan dalam al-Quran waktunya ialah apabila telah nyata benang putih (cahaya siang) dari benang hitam

(kegelapan malam), iaitu waktu fajar sehinggalah waktu malam (Maghrib).

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 :

...وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

Tafsirnya :

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam, iaitu waktu fajar). Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).

(d). Ajaran Qadiani (Mirza Ghulam Ahmad) telah memindahkan ibadat haji dari Mekah ke Qadian44 (nama salah satu tempat suci bagi Mirza Ghulam Ahmad). Sedangkan dalam al-Quran bahawa Kaabah Baitullahil-Haram wujud di Mekah

yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan telah dimuliakan oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam hinggalah Allah menjadikan fardu haji itu salah satu rukun Islam yang lima.

Firman Allah Ta’ala dalam surah aI-Maaidah ayat 97:

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ

Tafsirnya :

Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia ) bagi manusia.

Sedangkan ayat di atas tidak ada ayat lain yang memansuhkannya. Maka perkara itu tetap tidak berubah.

Semua contoh tadi merupakan bid'ah syariah yang sesat.

Rujukan:

“AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JEMAAH

ASAS KEMANTAPAN MASYARAKAT CEMERLANG” ditulis oleh: YANG BERHORMAT PEHIN JAWATAN LUAR PEKERMA RAJA

DATO SERI UTAMA DR. USTAZ HAJI MOHD. ZAIN BIN HAJI SERUDIN

MENTERI HAL EHWAL UGAMA

KHURAFAT

Maksud khurafat: Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam

KHURAFAT ADALAH BID’AH AKIDAH

Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

CIRI-CIRI KHURAFAT.

1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus

BENTUK-BENTUK KHURAFAT

Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan sebagainya.

KERAMAT

1. Perkara yang luar biasa.
2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.
3. Terjadi daripada orang salih.
4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.
5. Bukan dari orang fasik.
6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya.
7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya

TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DALAM ISLAM

Sabda Rasulullah yang bermaksud: Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial. Anggapan sial itu adalah syirik.

(ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)

JIN

1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.
2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini.
3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.
4. Ia dicipta daripada api.

Firman Allah dalam Al-Hijr 15: 26-27

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِِنْسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ ** وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ

Tafsirnya:

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (yang berasal) dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg sangat panas.

Firman Allah:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Tafsirnya:

Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka.

(Al-Jin 72: 6)

* Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang ancak di sungai dan laut dan bermain pantai. Setiap rezeki itu adalah pemberian Allah, oleh yang demikian hendaklah kita berusaha. Banyak atau sedikit yang kita perolehi, maka itu ketentuan Allah.

* Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya. Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada tiga jenis: mimpi yg datang dari allah, mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.

* Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan sebagainya.

* Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat.”

HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT

Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya:

Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.

(Riwayat Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)

Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ini terkandung dalam firman Nya surah Yunus: 106

وَلاَ تَدْعُ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لاَ يَنْفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِنْ فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِنَ الظَّالِمِينَ

Tafsirnya:

Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maksudnya:

“Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

Maksudnya:

“Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.” (Riwayat Ahmad)

KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM

1. Merosakan akidah
2. Menambahkan amalan bid'ah
3. Hilang kepercayaan kepada qada dan qadar
4. Hilang sikap berusaha
5. Mudah berputus asa
6. Tidak bertawakkal kepada allah Subhanahu wa Ta’ala
7. Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.

3 comments:

  1. Bagaimana pula tentang binaan di atas makam Rasulullah?

    ReplyDelete
  2. Bagaimana pula tentang binaan di atas makam Rasulullah?

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula dengan makam makam yang berada di pulau besar itu, ada yang mengatakan pulau itu sebagai pulau hajat. Boleh saya minta sedikit pencerahan dari pihak andA

    ReplyDelete

Silakan untuk sebarang pertanyaan