Thursday, November 19, 2015

Surah al-Kahfi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Surah ini surah yang ke 18 dalam al-Quran dan mempunyai 110 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dan terletak di dalam juz 15. Di antara kelebihan surah ini ialah:

1.   Sunat membaca surah ini pada malam Jumaat atau siang Jumaat sebelum menunaikan sembahyang fardhu Jumaat. Terdapat dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Hakim daripada Abu Sai’d al-Khudri radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

Maksudnya: Sesungguhnya siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat (dan dalam satu riwayat lain mengatakan pada malam Jumaat) dia akan disinari oleh cahaya dalam masa antara dua Jumaat.

2.    Siapa yang membaca Surah al-Kahfi akan disinari cahaya sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Sahl bin Mua'z daripada bapanya bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ قَرَأَ أَوَّلَ سُورَةِ الْكَهْفِ وَآخِرَهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا مِنْ قَدَمِهِ إِلَى رَأْسِهِ
وَمَنْ قَرَأَهَا كُلَّهَا كَانَتْ لَهُ نُورًا مَا بَيْنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ

Maksudnya: Siapa yang membaca pada awal Surah al-Kahfi dan akhirnya adalah baginya cahaya daripada hujung kakinya hingga ke kepalanya, dan siapa yang membaca kesemuanya adalah baginya cahaya daripada langit hingga ke bumi.

3.   Siapa yang menghafaz surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Darda bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ
Maksudya: siapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal.
والله أعلم بالصواب


No comments:

Post a Comment

Silakan untuk sebarang pertanyaan